Monday, February 7, 2011

Kepentingan Mencuci tangan

Mencuci tangan adalah satu amalan yang mudah tetapi sangat penting untuk
kebersihan dan kesihatan. Amalan ini boleh membantu mencegah pelbagai jenis
penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana tangan yang kotor
membawa kuman-kuman pada kulit, celah-celah jari dan di bawah kuku.

7 Langkah Mencuci Tangan
Untuk memastikan tangan betul-betul bersih dan tidak mengandungi kuman
yang berbahaya, ikutilah langkah-langkah berikut :
i. Sabunkan tangan secukupnya sehingga berbuih.
ii. Gosok kedua-dua tapak tangan dengan menggunakan jari.
iii. Gosok setiap jari dan celah jari.
iv. Gosok kuku di tapak tangan.
v. Gosok bahagian belakang kedua-dua tangan.
vi. Basuh dengan air bersih secukupnya.
vii. Keringkan tangan dengan kain bersih.

No comments:

Post a Comment