Sunday, January 16, 2011

Penjagaan gigi

SETIAP orang akan berdepan dengan masalah dental (gigi), sekurang-kurangnya satu kali, pada satu tahap dalam hidup mereka.
Berdasarkan Persatuan Pergigian Malaysia, sebanyak 95 peratus daripada populasi Malaysia telah pun merasai kesan-kesan perit pereputan gigi.
Kajian yang dijalankan menyatakan bahawa pereputan gigi biasanya memberi kesan yang lebih kepada orang yang berumur 35 tahun ke atas.
Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia turut menunjukkan bukti-bukti terdapatnya penyakit gusi*.
Statistik ini agak membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak peka terhadap penjagaan gigi.
Oleh itu, ia adalah mustahak bagi rakyat Malaysia untuk memahami cara-cara yang betul untuk mencapai dan mengekalkan penjagaan gigi yang baik.
Ini dapat dicapai dengan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk meningkatkan kebersihan oral.
Walaupun terdapat banyak penyakit dental yang lazim berlaku, lima jenis penyakit yang berpunca daripada aktiviti bakteria yang paling lazim dikesan adalah plak, pereputan gigi, gingivitis, periodontitis dan juga radang gigi.
l Plak**
Plak adalah lapisan tidak berwarna yang sentiasa dan berterusan terbentuk di dalam mulut kita. Ia terbentuk daripada gabungan bakteria, air liur dan asid yang seterusnya membentuk deposit melekit yang melekat pada gigi.
Plak juga boleh merosakkan gusi dan asid yang dihasilkan pula boleh memusnahkan lapisan atas enamel gigi, mengakibatkan gigi berlubang dan kaviti.
Apabila plak tidak di buang, ia akan bertukar menjadi kalkulus dan tartar.
Dengan mengehadkan pengambilan makanan bergula, air bergas dan makanan yang mengandungi tahap karbohidrat yang tinggi, ia memudahkan pengawalan dan juga mengurangkan jumlah plak yang terdapat pada gigi.
Plak juga boleh disingkirkan dengan lebih kerap memberus gigi dan menggunakan flos gigi (setiap kali selepas makan).
l Pereputan gigi**
Pereputan gigi, juga dikenali sebagai kaviti dental, adalah jangkitan yang berpunca daripada kombinasi makanan berkarbohidrat tinggi dan bakteria yang hidup dalam mulut kita.
Apabila bakteria ini berjumpa dengan karbohidrat, ia akan mencernakan karbohidrat tersebut lalu membentuk asid yang akan perlahan-lahan menghakis lapisan enamel yang keras pada gigi kita.
l Gingivitis**
Gingivitis adalah kemerahan atau jangkitan gusi pada tahap awal penyakit periodontal (penyakit gusi).
Gusi yang sihat selalunya berwarna merah jambu. Gingivitis menyebabkan gusi kemerahan dan bengkak, serta sering berdarah apabila memberus gigi ataupun mengunakan flos gigi.
Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, jangkitan akan merebak ke bawah garisan gusi dan mengakibatkan penyakit dental.
Penyakit gusi boleh memusnahkan tisu-tisu lembut, tulang dan ligamen yang menyokong gigi, lalu menyebabkan gigi longgar dan reput.

Peranan Panitia

  1. Mendapatkan sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli panitia.
  2. Menyediakan rancangan pengajaran yang diselaraskan antara guru dalam sesuatu tingkatan yang berkaitan.
  3. Menetapkan TOV (take off value) bagi setiap pelajar.
  4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan tambahan yang sesuai dengan keperluan para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber sekolah.
  5. Memilih dan mencadangkan pada pentadbiran sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran.
  6. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan dan menubuhkan bank soalan.
  7. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dan mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
  8. Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli pantia (secara formal atau tidak formal).
  9. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya empat kali setahun.
  10. Bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman serta kepakaran dengan panitia sekolah berhampiran.
  11. Menyelenggarakan fail panitia, minit mesyuarat, surat-menyuratdan rekod-rekod berkenaan.
  12. Menyampaikan laporan prestasi  dan analisis pencapaian mata pelajaran kepada Pengetua.
  13. Melantik seorang guru dalam panitia sebagai penyelaras dalam tingkatan.
  14. Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan kertas soalan peperiksaan dan memeriksa skrip pelajar bagi setiap peperiksaan yang diadakan.
  15. Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
  16. Menyediakan Perancangan Strategik Akademik 3-5 tahun.
  17. Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran.

Selamat Datang

Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Arau mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung blog ini. Pembinaan blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memberi sedikit info mengenai aktiviti panitia.