- Mendapatkan sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli panitia.
- Menyediakan rancangan pengajaran yang diselaraskan antara guru dalam sesuatu tingkatan yang berkaitan.
- Menetapkan TOV (take off value) bagi setiap pelajar.
- Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan tambahan yang sesuai dengan keperluan para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber sekolah.
- Memilih dan mencadangkan pada pentadbiran sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran.
- Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan dan menubuhkan bank soalan.
- Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dan mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
- Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli pantia (secara formal atau tidak formal).
- Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya empat kali setahun.
- Bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman serta kepakaran dengan panitia sekolah berhampiran.
- Menyelenggarakan fail panitia, minit mesyuarat, surat-menyuratdan rekod-rekod berkenaan.
- Menyampaikan laporan prestasi dan analisis pencapaian mata pelajaran kepada Pengetua.
- Melantik seorang guru dalam panitia sebagai penyelaras dalam tingkatan.
- Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan kertas soalan peperiksaan dan memeriksa skrip pelajar bagi setiap peperiksaan yang diadakan.
- Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
- Menyediakan Perancangan Strategik Akademik 3-5 tahun.
- Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran.
|
No comments:
Post a Comment